PERMAI: Pembayaran Pendahuluan i-Sinar KWSP Kategori 2 Sebanyak RM1,000

PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR KATEGORI 2 SEBANYAK RM1,000

KUALA LUMPUR, MALAYSIA ; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daya usaha itu adalah bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

AHLI HANYA PERLU MEMENUHI KRITERIA YANG DITETAPKAN & MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN SECARA ATAS TALIAN

“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.


KERAJAAN MINTA KWSP MUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN 26 JANUARI 2021

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.”


Info BPR: Kemaskini & Cara Membuat Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat


MAKLUMAT LANJUT AKAN DIBERITAHU DALAM MASA TERDEKAT

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Sumber: Astroawani.com

Leave a Comment