Permohonan Baharu STR 2023 Telah Dibuka – Semak Cara Mohon Disini

Berita yang mungkin anda tertunggu-tunggu selama ini telah tiba. Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka kepada rakyat untuk membuat pendaftaran.

Ia terbuka kepada rakyat yang tidak pernah menerima bantuan berkenaan sebelum ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR merupakan sebuah bantuan kerajaan yang dikreditkan kepada rakyat dalam empat peringkat mulai Januari, April, Julai dan November 2023 ini.

Pembayaran ini diberikan kepada rakyat yang berkelayakan daripada status perkahwinan, jumlah tanggungan dan pendapatan bulanan.

PERMOHONAN BAHARU

Permohonan baharu STR 2023 telah dibuka kepada rakyat. Ia dibuka kerana sebelum ini ramai rakyat yang tidak menerima bantuan Fasa 1 akibat data yang digunakan adalah berpandukan data BKM 2022 lalu.

Oleh hal demikian, permohonan baharu telah dibuka kepada individu atau isi rumah yang tidak pernah menerima STR, BKM, BPR dan lain-lain.

CARA MOHON STR 2023

Bagi rakyat yang ingin membuat permohonan baharu, berikut adalah caranya

1. Masuk ke portal rasmi STR 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/

2. Klik pada PERMOHONAN BAHARU

3. Masukkan butiran yang diperlukan seperti No MyKad, Nama dan lain-lain serta muat naik dokumen sokongan.

4. Seterusnya isikan CAPTCHA yang tertera untuk pengesahan.

5. Kemudian Hantar. Sebarang maklum balas akan dikemaskini melalui MySTR anda

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023 nanti. STR 2023 ini akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Leave a Comment