Permohonan Bantuan JKM: Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat



Untuk makluman anda semua, bermula pada tahun 2021, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan menurut Belanjawan 2021 yang telah diluluskan. 

Baca Juga : Maklumat Terkini Tarikh, Status Dan Pembayaran Interim RM1,000 i-Sinar KWSP Kategori 2 ~ Ahli KWSP Wajib Tahu

Hal ini telah diumumkan oleh YB DS Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sebuah hantaran terkini beliau di Facebook:

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK TERBARU JKM 2021

Menurut makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut:


Kadar Jumlah Bantuan Lama :
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah bantuan baharu (mulai 2021) :

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN

Syarat khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
TATACARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK TAHUN 2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Di sini kami kongsikan borang permohonan yang anda boleh mohon seperti dibawah


Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

  1. Pertama sekali,pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar.
  5. Isikan makluman lain yang berkaitan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK SECARA MANUAL (HADIR KE PEJABAT JKM)

  • Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
Borang Permohonan Bantuan JKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.


Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya


Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

1 thought on “Permohonan Bantuan JKM: Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat”

Leave a Reply to Mazlida Cancel reply