Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2020
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan untuk memberi penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.
APAKAH CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)?
Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
1. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
2. Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
3. Keluasan – Tidak kurang 700 kps
4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN INI
SKIM PPR DISEWA
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM PPR DIMILIKI
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM MYHOME :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
CARA UNTUK MEMOHON PPRDAFTAR AKAUN PEMOHON
1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
3. Pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.
GUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN
2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru. Sila rujuk contoh di bawah
Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda yang anda telah tetapkan
PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU
1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.
DOKUMEN SOKONGAN
Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan hendaklah tidak melebihi 3MB.
PENGESAHAN
1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
Semoga info ini berguna kepada mereka yang mempunyai penempatan setinggan dan pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. Semoga bermanfaat!