Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Hanya Melalui Portal Rasmi Ini

 

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Hanya Melalui Portal Rasmi Ini

Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM 10,000 telah diluluskan oleh Pihak Kerajaan. Perkara ini sangat ditunggu-tunggu oleh para pencarum setelah sekian lama diperjuangkan melalui pelbagai cara.

PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS

KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP bermula 1 April kelak.

Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.

UNTUK MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN 

Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hanya Melalui Portal Khas Ini
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hanya Melalui Portal Khas Ini


TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan Pengeluaran Khas KWSP mula dibuka pada 1 April sehingga 30 April 2022.

CARA PERMOHONAN

Panduan permohonan akan dikemas kini dari masa ke masa. Manakala, permohonan Pengeluaran Khas ini akan dilaksanakan secara online sahaja.

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Melalui Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pertama bermula 20 April 2022 ini. Buat masa ini, tiada sebarang informasi adakah pengeluaran ini secara one-off atau secara bulanan seperti pengeluaran i-Citra sebelum ini.

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN

Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.

JUMLAH PENGELUARAN

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

AKAUN YANG DIKELUARKAN

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1. 

Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.

Leave a Comment