Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 sudah dibayar secara berperingkat bermula fasa 1, 2 dan baru-baru ini fasa 3. STR 2023 hanya berbaki 1 fasa bayaran lagi.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pemohon tidak lulus permohonan yang dibuat. Oleh hal demikian, pihak kerajaan telah membuka semula rayuan permohonan bagi bantuan kewangan hingga RM 2500 ini.
KATEGORI YANG LAYAK PERMOHONAN RAYUAN
Terdapat dua kategori sahaja yang layak membuat permohonan rayuan STR 2023 iaitu
- Pemohon yang berstatus tidak lulus ATAU
- Pemohon yang berstatus lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan rayuan bagi bantuan kewangan hingga RM 2500 bermula 3 Julai hingga 31 Julai ini.
KAEDAH PERMOHONAN
Terdapat dua kaedah yang boleh diikuti bagi individu yang ingin membuat rayuan permohonan.
1. Permohonan secara online
- Portal Rasmi STR LHDNM
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store
2. Permohonan melalui borang
- Penghantara borang rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Bayaran STR Fasa 3 terbahagi kepada dua golongan iaitu penerima lama dan penerima baharu.
1. Jumlah Bantuan Kategori Penerima Lama
Kategori Isi Rumah B40
- RM 300 – Tiada Anak
- RM 400 – 1 Hingga 2
- RM 600 – 3 Hingga 4
- RM 800 – 5 Ke Atas
Kategori Isi Rumah M40
- Tiada BAYARAN – Tiada Anak
- RM 150 – 1 Hingga 2
- RM 200 – 3 Hingga 4
- RM 250 – 5 Ke Atas
Kategori Bujang
- RM 100
2. Jumlah Bantuan Kategori Penerima Baharu
Kategori Isi Rumah B40
- RM 600 – Tiada Anak
- RM 900 – 1 Hingga 2
- RM 1100 – 3 Hingga 4
- RM 1300 – 5 Ke Atas
Kategori Isi Rumah M40
- RM 350 – Tiada Anak
- RM 450 – 1 Hingga 2
- RM 600 – 3 Hingga 4
- RM 750 – 5 Ke Atas
Kategori Bujang
- RM 150