Walaupun pembayaran STR Fasa 4 belum lagi dikreditkan iaitu pada 7 November tetapi permohonan dan kemas kini STR tahun 2025 mula dibuka pada awal bulan ini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bantuan rakyat yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun ketiga iaitu pada 2025 dengan beberapa penambahan amaun bantuan.
STR merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah inisiatif bantuan rahmah uang membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
TARIKH PERMOHONAN DAN KEMAS KINI
Permohonan baharu dan kemas kini bagi penerima sedia ada telah dibuka bermula pertengahan Oktober sehingga 30 November ini.
Bagi rakyat yang belum menerima bantuan STR sebelum ini dan berkehendak untuk membuat permohonan, anda boleh terus membuat permohonan secara rasmi melalui portal STR atau ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Manakala untuk penerima sedia ada, sekiranya anda belum kemas kini maklumat dalam tempoh 3 tahun, penerima disarankan untuk membuat kemas kini terbaru.
KADAR BAYARAN STR 2025
Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat peningkatan jumlah bayaran bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah yang boleh mencecah RM1,200 bagi penerima yang layak.
Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
Selain itu, berita baik kepada golongan bujang. Peningkatan ketara adalah golongan bujang bakal menikmati bayaran bantuan berjumlah RM600 berbanding sebelum ini RM300-RM350 sahaja.
MAKLUMAT LANJUT STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari masa ke masa.
Layari laman web rasmi STR untuk pengemaskinian terkini :