Rasmi: Bantuan RM800 Dikreditkan Secara One-Off Selama 4 Bulan Bermula Hari Ini

Rasmi: Bantuan RM800 Dikreditkan Secara One-Off Selama 4 Bulan Bermula Hari Ini. Sama seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sebuah bantuan rakyat yang khas kepada pekebun kecil iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) masih diteruskan sebagai bantuan ketika menghadapi musim tengkujuh.

Bayaran BMT bagi Fasa 1 ini tidak lama lagi dikreditkan iaitu pada bulan ini.

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

Bayaran adalah RM200 setiap bulan bermula November hingga Februari depan.

TARIKH BAYARAN

Bayaran Fasa 1 BMT akan dimulakan pada November ini. Tarikh bayaran rasmi belum diumumkan. Kemungkinan selepas hari bayaran STR Fasa 4 iaitu 7 November.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pembayaran bantuan bulan November, Disember 2024, Januari dan Februari 2025 telah dibuka bermula 1 Jun sehingga 29 September lalu.

Oleh hal demikian, permohonan telah ditutup.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujukan laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan di atas.