Program bantuan Kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan dengan peningkatan jumlah peruntukan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang berkelayakan.
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti info lanjut di bawah.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban hidup rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, supaya mereka dapat menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mulai tahun 2025, bantuan STR ini ditambahbaik, di mana semua penerima yang lulus STR akan turut layak menerima bantuan tambahan, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas.
Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 2
Berikut adalah jadual pembayaran STR untuk tahun 2025:
Fasa Bayaran | Tarikh Pembayaran |
---|---|
Fasa 1 | Pembayaran bermula 22 Januari 2025 |
Fasa 2, 3 dan 4 | Tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa |
Perlu diingatkan, pemohon yang belum mengemas kini permohonan mereka selama tiga tahun berturut-turut, perlu melakukan pengemaskinian permohonan STR 2025.
Syarat Kelayakan Bantuan STR 2025
Untuk layak menerima STR 2025, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
- Isi Rumah:
- Pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak yang layak
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Warga Emas Tiada Pasangan:
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Bujang:
- Berumur 21-59 tahun atau OKU berumur 19 tahun ke atas
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Bukan pelajar sepenuh masa
Panduan Semakan Status Penerima Bayaran STR Fasa 2
Untuk menyemak status kelayakan anda untuk STR Fasa 2, ikuti langkah-langkah berikut:

- Layari Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada bahagian “MySTR” dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit.
- Klik “Log Masuk” dan masukkan kata laluan yang betul.
- Pilih “Semakan Status” dan status permohonan serta maklumat pembayaran akan dipaparkan.
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2025
Jumlah bayaran STR 2025 mengikut kategori penerima adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Kadar Bantuan (RM) |
---|---|
Isi rumah RM2,500 ke bawah (tiada anak) | RM1,000 |
Isi rumah RM2,500 ke bawah (5 anak ke atas) | RM2,500 |
Warga Emas (RM5,000 ke bawah) | RM600 |
Bujang (RM2,500 ke bawah) | RM600 |
Penyaluran Duit Bayaran Bantuan STR Fasa 2
Bantuan STR akan disalurkan melalui dua cara:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar.
- Secara tunai di Kaunter BSN: Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau mengalami masalah pengkreditan, bayaran boleh diambil di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Rujukan
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan kepada pihak berwajib melalui:
-
- Hotline BKK HASiL: 1-800-88-2747
Penafian
Maklumat yang dikongsikan di laman ini adalah untuk tujuan memberi manfaat kepada pengguna dalam memperoleh info terkini mengenai bantuan Kerajaan Malaysia.
Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan sebarang bayaran untuk kandungan yang dipaparkan.