KERAJAAN TERIMA KATA SEPAKAT UNTUK MEMPERLUASKAN PENGELUARAN SKIM I-SINAR
KUALA LUMPUR, MALAYSIA : Kerajaan hari ini terima kata sepakat untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
PENGELUARAN INI AKAN MEMANFAATKAN 8 JUTA AHLI
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta yang diumumkan sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
“Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
SEMUA PENCARUM LAYAK UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN DARI AKAUN 1 TANPA MENGIRA AHLI
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata “Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.
“Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.
“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000,” katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
AHLI HANYA PERLU MEMBAWA DOKUMEN SEBAGAI BUKTI BAHAWA MEREKA KEHILANGAN KERJA ATAU TERJEJAS PENDAPATAN
Zafrul menambah ia membabitkan nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Justeru, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.
Kredit: Astroawani.com