Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara, tahukah anda semua bahawa semakan baki/ pengeluaran Akaun 1&2 KWSP boleh dilakukan secara atas talian? Ya, secara atas talian. Semakan ini adalah melalui platform i-Akaun yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Platform ini akan membantu para pencarum bagi melakukan dengan lebih mudah tanpa perlu keluar untuk ke pejabat KWSP. Mudah bukan?
Pada artikel hari ini, Utusan Kerjaya akan kongsikan info yang lengkap berkaitan i-Akaun KWSP merangkumi syarat-syarat kelayakan, cara pendaftaran, serta pihak yang perlu dihubungi berkaitan i-Akaun KWSP ini.
PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP SECARA ATAS TALIAN
Sebelum mendaftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli pendaftar mendapatkan TAC Pengaktifan dengan mendaftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP yang berhampiran dengan rumah anda atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
1. Dapatkan terlebih dahulu ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/ kiosk KWSP berdekatan.
2. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
3. Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
4. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID & Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
5. Apabila pengaktifan anda selesai, anda akan menerima notifikasi ‘berjaya‘ di paparan skrin anda.
6. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun yang anda perlu berikan perhatian adalah :
1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP.
2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah.