Semak Bantuan BMT Yang Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 2 Tahun 2023

Dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada rakyat sama ada ni peringkat negeri mahupun persekutuan.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Mari semak bantuan BMT Fasa 2 yang dikreditkan pada bulan ini.

BMT FASA 2

Bayaran BMT Fasa 1 sebanyak RM300 telah dikreditkan kepada rakyat yang layak pada Januari lepas. Manakala, pembayaran Fasa 2 dan 3 akan dibuat pada Februari dan Mac ini.

Jumlah bayaran bagi kedua-dua fasa ini adalah sebanyak RM 300 Fasa 2 dan RM 200 Fasa 3.

SENARAI PENERIMA BMT 2023

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran BMT 2023 ini melibatkan RM 9.7 juta peruntukan dan manfaatkan 12,138 peneroka ladang seluruh negara.

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Justeru, bantuan kewangan ini diharap dapat meringankan beban peneroka getah yang terjejas pada musim tengkujuh.

Leave a Comment