SEMAK EKASIH 2025 ONLINE : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM1200)
Data eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah semak ekasih secara online untuk tahu layak atau tidak? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ONE-OFF RM500 DIBAYAR SEBELUM RAMADAN
APA ITU EKASIH 2025
eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
SEMAK SYARAT EKASIH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat eKASIH untuk penerimaan Bantuan MyKasih :
- Syarat pendaftaran eKASIH adalah :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa.
- Syarat untuk menerima Bantuan MyKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
NILAI BANTUAN EKASIH 2025
Bantuan MyKasih yang akan disalurkan kepada penerima eKASIH adalah bernilai sebanyak :
- Penerima eKASIH :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Bukan eKASIH :
- Isi Rumah : RM900 setahun.
- Warga Emas : RM450 setahun.
- Bujang : Tiada.
*Nota : Bagaimanapun, nilai bantuan di atas akan disalurkan secara ansur setiap bulan kepada penerima mengikut tarikh yang ditetapkan.
TARIKH BANTUAN EKASIH 2025 DISALURKAN
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENYALURAN EKASIH 2025 |
---|---|
Penerima eKASIH | 15 Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 |
Penerima Bukan eKASIH | ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 |
SEMAK EKASIH 2025 ONLINE
Ikuti panduan semakan eKASIH secara online melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi eKASIH; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Seterusnya, ikuti panduan semakan MyKasih untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.