SEMAK STR FASA 1 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM500 & RM300 & RM150)
Secara lazimnya agihan fasa pertama (1) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bermula pada suku pertama setiap tahun yang akan melibatkan sebahagian kadar implikasi kewangan dan pada tahun ini, kadar implikasi fasa pertama (1) adalah sebanyak RM2.3 billion lebih tinggi dari tahun lalu.
Bagaimanakah cara semak status penerima agihan STR fasa 1? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KADAR BAYARAN STR FASA 1
TARIKH AGIHAN STR FASA 1 2025
Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh rasmi agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) adalah bermula pada 22 Januari 2025 dan berperingkat sehingga pada 28 Januari 2025.
JUMLAH AGIHAN STR FASA 1 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telah mula diagihkan kepada setiap penerima mengikut jumlah berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
- Tiada anak : RM500.
- 1 atau 2 anak : RM500.
- 3 atau 4 anak : RM500.
- 5 anak dan ke atas : RM500.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) :
- Tiada anak : RM150.
- 1 atau 2 anak : RM200.
- 3 atau 4 anak : RM250.
- 5 anak dan ke atas : RM300.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 setiap individu.
- Bujang :
- RM150 setiap individu.
BILANGAN PENERIMA AGIHAN STR FASA 1 2025
Penerima yang layak menerima agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) adalah seramai 8.3 juta meliputi golongan isi rumah (B40 dan M40) seramai 3.8 juta, warga emas tiada pasangan seramai 1.3 juta dan golongan bujang seramai 3.2 juta.
SEMAK STR FASA 1 2025
Ketahui status kelayakan anda menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) mengikut panduan semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA AGIHAN STR FASA 1 2025
Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan, kaedah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diagihkan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diagihkan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.