SEMAKAN STR TAMBAHAN 600 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STR TAMBAHAN 600 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Mungkin dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mengcukupi untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Oleh itu, kerajaan memperuntukan sebanyak RM13 billion untuk Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini.

Bagaimanakah semakan str tambahan RM600? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL PENYALURAN BANTUAN EWALLET

APA ITU STR TAMBAHAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan untuk membantu rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bersama dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan juga turut akan menyalurkan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

KAEDAH BAYARAN STR TAMBAHAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara tunai berperingkat mengikut empat (4) fasa. Namun, kaedah pembayaran Bantuan Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) pula adalah secara tanpa tunai setiap bulan melalui akaun yang dibuka menggunakan kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN 600

Bantuan Tambahan STR sebanyak RM600 adalah khas kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang belum berkahwin; atau
  • Balu / Duda / Janda tiada anak;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU 19 tahun dan ke atas);
  • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 600

Pembayaran Bantuan Tambahan STR adalah secara ansur setiap bulan seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM50
2.Februari 2025RM50
3.Mac 2025RM50
4.April 2025RM50
5.Mei 2025RM50
6.Jun 2025RM50
7.Julai 2025RM50
8.Ogos 2025RM50
9.September 2025RM50
10.Oktober 2025RM50
11.November 2025RM50
12.Disember 2025RM50

SEMAKAN STR TAMBAHAN 600

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bantuan tambahan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.