Kepada yang layak Bantuan Bulanan JKM,kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan tarikh bayaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada bulan Disember,Januari,Februari dan bulan lain.
Berikut adalah informasi tentang bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu
- Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.
- Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020.
CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM
1. Layari laman web jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan
Berikut adalah senarai dan taraf Bantuan Bulanan JKM tahun 2021:
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 diberikan.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan diberikan.
- Elaun Pekerja Cacat (OKU) sebanyak RM450
- Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM500
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK), RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.
1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
2. Seterusnya, anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri.
3. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang diberikan.
4. Isikan borang yang berkaitan.
5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SENARAI DOKUMEN YANG ANDA PERLU SEDIAKAN
1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM
1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.