Semua Penerima STR Layak SARA Hingga RM900 Tanpa Perlu Mohon

Semua Penerima STR Layak SARA Hingga RM900 Tanpa Perlu Mohon. Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM150 hingga RM300 bermula 9 Disember ini kepada penerima STR yang layak.

SARA 2025

Sumbangan Asas pula merupakan BANTUAN TAMBAHAN yang berbentuk kredit maksimum RM100 – RM300 (one off)untuk pembelian barang keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN SARA

Sumbangan Asas Rahmah 2025 kini terbahagi kepada DUA KATEGORI

  • Kategori 1 untuk penerima STR 2025 berkategori MISKIN TEGAR DAN MISKIN melalui data eKasih (sama seperti SARA 2024)
  • Kategori 2 pula untuk SEMUA PENERIMA STR 2025 kecuali bujang

JUMLAH BAYARAN SARA

Jumlah bayaran yang dikreditkan bermula 9 Disember ini adalah seperti berikut

  • RM 300 untuk isi rumah
  • RM 150 untuk bujang

Manakala baki bayaran akan dibayar pada tahun hadapan. Tarikh bayaran bergantung dengan pihak kerajaan.

TARIKH BAYARAN

Bayaran secara rasmi bermula 9 Disember 2024. Pembayaran adalah secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.

KAEDAH BAYARAN

Untuk penerima SARA BUKAN EKASIH bayaran adalah berbentuk secara tunai seperti STR dan bukannya secara kredit ke MyKad.

Bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan.

CARA SEMAK KELAYAKAN

Anda hanya perlu layari web rasmi STR sama seperti semakan STR. Kemudian pergi ke maklumat pembayaran. Itu sahaja.

MAKLUMAT LANJUT SARA

Maklumat lanjut mengenai SARA adalah melalui portal rasmi STR. Anda perlu log masuk dan semak di bahagian maklumat pembayaran.