STR 2024 : Bantuan Tunai Fasa 1 Telah Mula Dikreditkan. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pembayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan Januari ini.
Kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 (2024) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun lalu.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.
Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang layak akan mula dibayar bermula
- Isnin 29 Januari 2024
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
BANTUAN TELAH MULA DIKREDITKAN
Walaupun pembayaran rasmi STR Fasa 1 pada 29 Januari tetapi terdapat sebilangan penerima telah menerima bantuan tersebut mula Jumaat ini.
Bagi yang belum menerima bantuan tunai tersebut, bayaran secara rasminya bermula 29 Januari ini.
JUMLAH BAYARAN
Jumlah bayaran adalah bermula RM100 sehingga RM500 mengikut kategori masing-masing.
Bujang akan menerima bayaran minimum RM100 tersebut manakala isi rumah B40 akan menerima bayaran RM500.
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayara iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).