STR 2024 : Jumlah Dan Tarikh Bayaran Bantuan. Oktober lepas, Perdana Menteri yang turut merupakan sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan bagi tahun 2024. Pelbagai inisiatif bantuan kerajaan telah diumumkan untuk rakyat.
Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang jumlah akan dinaikkan sehingga RM3700.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Hari ini merupakan hari dimana pembentangan Belanjawan 2024 bagi peringkat persekutuan.
Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah berkaitan STR 2024. Menurut Perdana Menteri, pihak kerajaan telah meningkatkan jumlah peruntukkan STR 2024 daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
JUMLAH STR 2024
Seperti yang sedia maklum, pembayaran maksimum STR 2023 telah dinaikkan kepada RM3700 termasuk dengan Sumbangan Asas Rahmah.
Tetapi, bukan semua kategori akan terima jumlah yang sama. Pembayaran adalah berbeza mengikut kategori masing-masing. Sama seperti STR 2023.
STR FASA 4 (2023)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.
Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.
TARIKH BAYARAN LEBIH AWAL
Pembayan bagi fasa terakhir ini bakal diberikan pada bulan
- 7 November 2023
Berkemungkinan besar bayaran STR Fasa 4 turut bakal diawalkan sama seperti STR Fasa 3.
JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK
Mengikut daripada sejarah pembayaran STR Fasa 1 hingga 3, bayaran bantuan selalunya awal 2-3 hari daripada tarikh rasmi.
Sementara itu, kebanyakannya pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) turut akan menerima bayaran lebih awal.