Hasil kerja keras kerajaan dapat mengumpulkan sebilangan besar peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) iaitu sebanyak RM13 billion yang merupakan jumlah di tahap yang tertinggi dalam sejarah.
Bilakah tarikh bayaran str dan bagaimanakah semakan status penerima fasa 1? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2025 : FASA 1 CEK SENARAI PENERIMA
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada kategori kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM1000 1 – 2 anak : RM1500 3 – 4 anak : RM2000 5 ke atas : RM2500 | Semua : RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1000 5 ke atas : RM1250 | RM150 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 |
BILA TARIKH BAYARAN STR
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah pada :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 | Bermula 22 Januari 2025, Rabu |
BILA WAKTU BAYARAN STR
Waktu bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap bank penerima lazimnya seperti berikut :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | WAKTU BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | CIMB Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
*Nota : Waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR
Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti sebelum ini bergantung kepada penerima yang ada akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan penerima |
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 1 2025
Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.