Tarikh Bayaran STR Fasa 2 dan Semakan Status

Ramai rakyat Malaysia sedang menantikan tarikh bayaran STR Fasa 2 2025 selepas menerima pembayaran Fasa 1 pada Januari lalu. Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 diteruskan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan B40, M40, warga emas dan bujang. Bayaran bagi Fasa Kedua STR 2025 dijangka akan disalurkan pada awal April dan penerima disarankan membuat semakan STR Fasa 2 bagi memastikan status kelayakan masing-masing.

Melalui artikel ini, kami kongsikan info lengkap berkaitan jadual bayaran STR 2025, jumlah bantuan mengikut kategori penerima serta cara membuat semakan status bayaran secara online melalui portal rasmi STR.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2025 dan Cara Semakan Status Kelayakan

Ramai rakyat Malaysia yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini menantikan pembayaran seterusnya bagi Fasa Kedua STR 2025. Bayaran ini dijangka akan disalurkan tidak lama lagi kepada penerima sedia ada dan penerima baharu.

Bagi anda yang ingin mengetahui cara semakan STR Fasa 2 serta maklumat lanjut berkaitan bayaran, berikut adalah perkongsian penuh termasuk tarikh bayaran, cara semakan dan jumlah bantuan yang akan diterima.

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2025

Mengikut jadual rasmi, berikut adalah tarikh bayaran bagi STR tahun 2025:

  • Fasa 1: 22 hingga 28 Januari 2025
  • Fasa 2: Sebelum Aidilfitri
  • Fasa 3: Belum diumumkan
  • Fasa 4: Belum diumumkan

Sekiranya terdapat perubahan rasmi daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF), maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Cara Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2025

Pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat melalui dua kaedah utama seperti berikut:

  • Kredit terus ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun aktif
  • Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau berstatus gagal kredit

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2025

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40)
    RM150 hingga RM650 bergantung bilangan anak
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40)
    RM100 hingga RM300 bergantung bilangan anak
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    RM150 seorang
  • Bujang
    RM150 seorang

Cara Semakan Status Kelayakan Bayaran STR Fasa 2

Untuk menyemak status bayaran STR Fasa 2, berikut langkah-langkah yang boleh anda ikuti secara dalam talian:

  1. Layari portal rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik butang TUTUP pada paparan pemakluman terkini
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan (12 digit tanpa simbol)
  4. Klik Log Masuk dan tekan Semak untuk pengesahan
  5. Sahkan kata kunci keselamatan dan tekan Ya jika betul
  6. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
  7. Pada halaman profil, pilih menu Semakan Permohonan
  8. Klik pada Semakan 2025
  9. Skrol ke bawah dan pilih Maklumat Bayaran
  10. Status bayaran Fasa 2 akan dipaparkan

Baca Juga :

Maklumat Lanjut dan Rujukan STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bayaran STR Fasa 2, sila hubungi pihak rasmi seperti berikut:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan ini adalah berdasarkan sumber rasmi Kerajaan Malaysia dan bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini mengenai bayaran STR.

Kami tidak mengutip sebarang data peribadi daripada pengunjung dan tidak mengenakan sebarang bayaran bagi perkongsian maklumat ini.

Sumber rujukan rasmi artikel ini diperoleh daripada laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my serta dokumen FAQ STR 2025.