STR Fasa 3 : Bantuan RM150 Hingga RM650 Untuk Keluarga B40

STR Fasa 3 : Bantuan RM150 Hingga RM650 Untuk Keluarga B40. Setelah berbulan-bulan menunggu tarikh bayaran, akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos ini.

Melalui Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi 60% penduduk dewasa.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan tunai rahmah merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada setiap isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal, warga emas yang berkelayakan.

STR dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran berkenaan.

STR FASA 3

Telah rasmi bahawa bayaran STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos ini. Pembayaran sudah semestinya akan diutamakan kepada pemegang BSN dan seterusnya kepada semua penerima.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran berbeza-beza mengikut kategori penerima. Sila semak dengan teliti

ISI RUMAH B40

  • RM150 – RM650 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 – RM300 bergantung jumlah tanggungan

Warga Emas / Tiada Pasangan

  • RM150

Bujang

  • RM 50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa akhir iaitu fasa empat kelak.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran akan bermula 29 Ogos hingga 6 September secara berperingkat bagi setiap penerima yang mempunyai akaun bank.

Manakala bagi penerima tiada akaun bank, turut boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 29 Ogos dan ke depan.

Leave a Comment