STR FASA 3 : Bantuan Untuk Bujang Berjumlah RM100

STR FASA 3 : Bantuan Untuk Bujang Berjumlah RM100. Oleh itu, pelbagai insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk golongan bujang.

Antaranya termasuklah bantuan e-wallet untuk pelajar IPT, e-madani dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Di dalam Sumbangan Tunai Rahmah, bantuan kewangan turut diberikan untuk golongan bujang walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak golongan yang berkeluarga.

STR merupakan sebuah bantuan yang dibayar dalam empat fasa. Dua fasa telah selesai dibayar manakala dua lagi akan dibayar pada separuh tahun ini.

BANTUAN KEWANGAN RM100 BUJANG

Jumlah keseluruhan untuk golongan bujang bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah RM 350.

Pada Fasa 2 bayaran adalah RM 100 untuk bujang. Manakala untuk STR Fasa 2 dijangkakan bayaran adalah RM 100 juga. Hal ini kerana pada STR Fasa 3 tahun 2023, bayaran turut diberikan adalah RM100.

Oleh hal demikian dijangkakan tiada perubahan besar bagi pembayaran bujang untuk STR 2024.

TARIKH BAYARAN

Belum diumumkan setakat ini. Tetapi disebabkan perayaan Hari Raya Aidiladha tiba pada Jun nanti. STR Fasa 3 tahun lalu turut dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.

Oleh hal demikian jika tiada perubahan jadual bagi STR Fasa 3, bayaran turut akan dikreditkan hujung Mei atau sebelum Aidiladha.

BAYARAN SECARA BERPERINGKAT

Selalunya pada pembayaran STR pemegang akaun BSN akan dibayar awal dan kemudian akan diikuti dengan bank-bank lain.

Bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi yang tiada akaun, boleh tebus tunai melalui BSN.

PERUBAHAN MAKLUMAT

Jika terdapat perubahan maklumat seperti nombor akaun bank, penambahan ahli keluarga dan lain-lain boleh terus hadir ke LHDN.

Leave a Comment