STR Fasa 3 : Kategori Yang Layak Terima RM 800 – Semak Sekarang

Pembayaran STR Fasa 3 kembali diteruskan pada bulan ini. Mengikut jadual jumlah bayaran, maksimum pembayaran pada kali ini adalah RM 800.

Pembayaran telah diawalkan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.

KATEGORI YANG TERIMA RM 800

Terdapat satu kategori yang layak terima STR Fasa 3 berjumlah RM 800 iaitu

  • Kategori isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah dan
  • Mempunyai 5 ORANG ANAK DAN KE ATAS

JUMLAH BANTUAN LAIN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

TARIKH BAYARAN

Perdana Menteri umumkan bahawa STR Fasa 3 dijangkakan bakal disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini.

Peruntukan melebihi RM 2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

Selalunya pemegang Kad Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal terima bayaran lebih awal daripada tarikh rasmi yang diumumkan nanti. Kemudian, barulah pembayaran dilakukan kepada bank-bank lain.

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

Leave a Comment