Sedia maklum, pembayaran STR Fasa 2 mula dikreditkan secara berperingkat bermula 5 April lalu dan dibayar kepada setiap penerima yang layak.
Kini hanya berbaki dua fasa bayaran lagi itu fasa 3 dan fasa 4 untuk STR 2023 ini.
STR 2023
Pembayaran STR 2023 mula dibayar pada Januari dan April ini untuk Fasa 1 dan Fasa 2.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang berbentuk kewangan dan diagihkan kepada penerima yang layak.
Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup.
SEMAKAN KELAYAKAN
Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima STR layak untuk terima STR Fasa 3. Sila semak kategori yang layak terima STR Fasa 3
ISI RUMAH (RM 0 – RM 2,500)
- Semua kategori layak terima STR Fasa 3
ISI RUMAH (RM 2,501 – RM 5,000)
- Semua kategori layak kecuali isi rumah yang tiada anak
WARGA EMAS, BUJANG DAN BUJANG OKU
- Ketiga-tiga kategori ini layak terima bayaran STR Fasa 3.
JUMLAH BANTUAN
Pembayaran STR Fasa 3 nanti berbeza-beza mengikut kategori masing-masing. Sila rujuk di bawah.
ISI RUMAH (RM 0 – RM2,500)
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 400
- 3-4 anak – RM 600
- 5 ke atas – RM 800
ISI RUMAH (RM 2,501 – RM 5,000)
- 0 anak – Tiada bayaran
- 1-2 anak – RM 150
- 3-4 anak – RM 200
- 5 ke atas – RM 250
WARGA EMAS
- RM 250
BUJANG DAN BUJANG OKU
- RM150
TARIKH BAYARAN
Setakat ini, tiada tarikh rasmi mengenai STR Fasa 3. Tetapi mengikut jadual yang dikeluarkan, pembayaran STR Fasa 3 bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023.
Sebarang maklumat baharu, akan kami kemas kini dari masa ke masa.