STR Fasa 4 RM1,200 Mula Dibayar Secara Berperingkat : Semak Sekarang

STR Fasa 4 RM1,200 Mula Dibayar Secara Berperingkat : Semak Sekarang. Berita baik kepada rakyat Malaysia khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bayaran fasa akhir mula dibayar secara rasmi.

Bayaran STR Fasa 4 atau akhir ini diberikan kepada hampir semua penerima termasuklah penerima rayuan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.

Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.

Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas. Kini, bayaran Fasa 4 diberikan lebih awal sebelum Deepavali.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran bagi fasa terakhir ini bakal diberikan pada bulan

  • 7 November 2023

Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK PENERIMA

Mengikut daripada sejarah pembayaran STR Fasa 1 hingga 3, bayaran bantuan selalunya awal 2-3 hari daripada tarikh rasmi.

Bayaran dilakukan adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Sementara itu, kebanyakannya pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) turut akan menerima bayaran lebih awal.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir penerima STR bukan pemegang BSN turut menerima bayaran lebih awal.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA BAHARU adalah RM 1,200. Terdapat sedikit perbezaan daripada jumlah bayaran untuk PENERIMA LAMA. Sila semak kategori anda di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)

  • Tiada anak : RM 400
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 400
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Menerima bayaran RM 300

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 200

Leave a Comment