STR Rayuan Fasa 3 : Jumlah Dan Jadual Bayaran Mengikut Bank

STR Rayuan Fasa 3 : Jumlah Dan Jadual Bayaran Mengikut Bank. Setelah berbulan-bulan menunggu tarikh bayaran, akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos ini dan rayuan bermula pada pertengahan September.

Melalui Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi 60% penduduk dewasa.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan tunai rahmah merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada setiap isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal, warga emas yang berkelayakan.

STR dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran berkenaan.

STR FASA 3

Telah rasmi bahawa bayaran STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos ini. Pembayaran sudah semestinya akan diutamakan kepada pemegang BSN dan seterusnya kepada semua penerima.

Manakala, bagi penerima yang tidak layak tetapi lulus rayuan, mereka akan menerima bayaran pada pertengahan September.

JUMLAH STR RAYUAN FASA 3

Jumlah bayaran bagi rayuan kali ini adalah sama dengan pembayaran STR Fasa 3. Sila semak perkara di bawah :

ISI RUMAH B40

  • RM150 – RM600 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 – RM300 bergantung jumlah tanggungan

Warga Emas / Tiada Pasangan

  • RM150

Bujang

  • RM 50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa akhir iaitu fasa empat kelak.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Pembayaran akan bermula 18 hingga 20 September secara berperingkat bagi setiap penerima yang mempunyai akaun bank.

Pembayaran akan lebih diutamakan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kemudian baru diikuti dengan bank-bank lain.

Manakala bagi penerima tiada akaun bank, turut boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 18 September dan ke depan.

Leave a Comment