SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Kerajaan telah pun memulakan penyaluran bantuan SARA bermula 15 Januari 2025 (Rabu) yang lalu melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.
Penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad ini akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak bermula pada tahun 2025 berbanding pada tahun 2024 hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sahaja.
Apakah itu sumbangan asas rahmah? Sila teruskan pembacaan dibawah untuk ketahui segala maklumat serta info-info terkini dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN EWALLET RM200
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Beberapa syarat dikenakan untuk penerima bantuan ini bagi memastikan sumbangan disalurkan kepada yang memenuhi kriteria dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).JUM
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima sumbangan akan menerima bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad masing-masing dengan amaun yang telah ditetapkan bagi setiap kategori.
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
TARIKH BAYARAN SARA 2025
Penyaluran bantuan SARA adalah secara ansuran dan berperingkat seperti jadual dibawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
KAEDAH SALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan ini akan disalurkan dengan cara seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH SALURAN SARA |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian menerusi dua pautan rasmi seperti di bawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN SARA
Penerima boleh merujuk panduan dibawah untuk penggunaan bantuan dalam MyKad di kedai-kedai runcit yang berdaftar:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : info@mykasih.com