Sebuah Bantuan Tambahan atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 hingga RM600 akan dibayar Februari ini.
Bantuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.
PENAMBAHAN KATEGORI YANG LAYAK
Jika sebelum ini program SARA ini hanya akan diberikan kepada golongan miskin tegar tetapi bagi SARA 2024 golongan miskin turut bakal menerima bantuan berkenaan.
Selain itu, penggunaan kredit program SARA sebelum ini hanya untuk makanan asas tetapi bagi 2024 ia telah diperluaskan kepada
- makanan asas
- barangan kebersihan diri
- ubat-ubatan
- peralatan persekolahan
TARIKH BAYARAN
Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari ini bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari.
Manakala selain daripada 3 lokasi di atas, penerima akan terima bantuan bulanan RM100 yang akan terus dikreditkan ke MyKad pada setiap awal bulan.
SEMAKAN KELAYAKAN
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.