Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah sebagai salah satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk membantu rakyat mengatasi masalah kewangan sementara dan memastikan mereka dapat memunuhi kebutuhan dasar mereka. Melalui bantuan STR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin membuktikan bahawa pemerintah peduli terhadap keadaan masyarakat dan berusah untuk membantu mereka dalam situasi yang memerlukan.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023, TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN MENGIKUT FASA
Bermula 16 Januari 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian STR tahun ini. Melalui kenyataan tersebut, STR adalah sebuah bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk insentif tunai.
Sebelum ini, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah melalui 4 fasa dalam pembayaran kepada rakyat, kini bantuan sebelum ini dijenamakan semula kepada BTR kemudian STR. Bantuan tunai tahun ini berbeza dengan BKM 2022, di mana pembayaran pertama telah dipercepatkan dengan alasan untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir yang melanda di kawasan setempat.
MAKLUMAT STR FASA 1
STR Fasa 1 melibatkan 3 kategori penerima iaitu
- Bujang
- Warga emas (bujang)
- Isi rumah (keluarga)
Kadar bayaran yang diberikan ialah RM100 untuk bujang dan warga emas bujang. Bagi kategori isi rumah pula akan dapat RM300 untuk fasa pertama. Untuk pengetahuan, bayaran STR bukan kali ini sahaja, bayaran akan diteruskan pada fasa seterusnya nanti mengikut makluman kerajaan.
Khusus penerima bantuan STR, anda mesti tunggu dan lihat bilakah tarikh dan jumlah pembayaran akan diterima pada fasa seterusnya. Buat masa ini hanya maklumat fasa 1 telah diumumkan.
TARIKH BAYARAN & JUMLAH MENGIKUT FASA
Disenaraikan seperti berikut adalah jadual & jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut fasa seperti di bawah :
STR FASA 1 : Bermula pada 17 Januari dan jumlah bayaran adalah RM 100 (Bujang dan warga emas bujang) RM 300 untuk isi rumah
STR FASA 2 : Akan dikemas kini (masih belum diumumkan) dijangkan selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini.
SEMAK KEMASKINI STATUS STR
Untuk penerima STR, anda boleh membuat semakan status kelayakan dan mengemas kini STR. Sila lawati laman rasmi MySTR – http://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk semakan.