Syukur alhamdulillah, kerajaan beri bantuan lagi kepada rakyat, ringan sikit beban rakyat. Kerajaan Umum BPN 2.0!


Pada 23 September 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan senarai terkini bantuan kerajaan akibat pandemik Covid-19. Berikut maklumat terkini tentang pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0.

Kadar bantuan adalah seperti berikut :

  • + RM 1000 UNTUK B40
  • + RM 500 UNTUK B40 BUJANG
  • + RM 600 UNTUK M40
  • + RM 300 UNTUK M40 BUJANG


Bayaran tersebut akan dibuat dua kali iaitu pada penghujung Oktober nanti dan bayaran kedua pada Januari 2021.

Bagi kategori penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala bakinya iaitu RM300 disalurkan pada Januari 2021.
INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Setakat ini, tiada permohonan perlu dibuat. Kerajaan melalui kementeriannya akan menyalurkan secara terus kepada penerima yang telah pun lulus sebelum ini. Rayuan dan permohonan baru boleh dibuat kemudian.

Info selanjutnya dikemaskini kemudian…

Leave a Comment