Tatacara Lengkap Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ~ RM100 Sehari

 

Untuk pengetahuan anda semua, kerajaan sangat berbesar hati unu menghulurkan bantuan khas wabak Covid-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan dengan wabak ini melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara)


Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan mengenai bantuan RM600 sebulan yang akan dihulurkan kepada mana-mana pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum selama 6 bulan) melaui PERKESO.

Sehubungan dengan itu,tarikh tutup untuk melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan yang lengkap diterima oleh pihak NADMA sahaja selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 yang bakal dipertimbangkan untuk diberikan bantuan ini.

Berikut dikongsikan tatacara lengkap bagi Permohonan Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari Oleh NADMA.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut merupakan kriteria kelayakan bagi melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA):

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19. (Tarikh rawatan di wad haruslah tidak melebihi 31 Disember 2020)

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan cara melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA)


1. Muat turun borang permohonan terlebih dahulu di http://www.nadma.gov.my/ms/
  • Borang Permohonan Bantuan Covid-19 (Lampiran A) – KLIK DISINI
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) – KLIK DISINI
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) – KLIK DISINI
2. Setelah selesai perkara di atas,permohonan tersebut perlulah dihantar melalui POS kepada pihak NADMA di alamat yang diberikan seperti berikut:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

  • Salinan borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM dan
  • Salinan borang Pelepasan dari menjalani Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 343)

Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

  • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-194. 

4. Borang akuan kehilangan pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. **(Salinan Diakui Sah)


Nota Penting

**Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.


Kadar bantuan yang diberikan ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan lagi kepada kes yang berulang.


Bagi yang hendak membuat semakan pemrohonan, sila klik DISINI

P/S : Sila kongsikan artikel bantuan ini kepada rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan. Semoga bermanfaat!

1 thought on “Tatacara Lengkap Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ~ RM100 Sehari”

Leave a Comment