TERKINI : Majoriti Setuju Pengeluaran KWSP Secara Bersyarat

Pengeluaran Khas KWSP masih belum diluluskan sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, pelbagai desakan dan tuntutan telah dibuat oleh pihak NGo serta pencarum agak pihak kerajaan meluluskan Pengeluaran Khas berkenaan.

Terkini, majoriti pencarum KWSP setuju untuk pengeluaran KWSP biarpun secara bersyarat.

SETUJU PENGELUARAN KWSP SECARA BERSYARAT

Hampir separuh daripada lebih 730 pembaca Berita Harian yang menyertai tinjauan pendapat bersetuju bahawa mereka yang memiliki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kurang RM 240,000 tidak layak untuk terbabit skim pengeluaran khas.

Ia berdasarkan tinjauan pendapat yang dibuat melalui Twitter Berita Harian pada Januari lalu.

Berdasarkan data, sejumlah 45.4 peratus pembaca memilih bersetuju dengan had RM 240,000 seperti ditetapkan KWSP sebagai sasaran simpanan minimum menjelang usia 55 tahun, selepas kira-kira tiga jam tinjauan di Twitter.

Manakala, 27.1 peratus lagi responden tidak bersetuju dan 26.2 peratus berpendapatan ia bergantung kepada keadaan.

JUMLAH SIMPANAN BERKURANG

KWSP memaklum sebahagian besar pencarum masih mempunyai simpanan yang rendah dengan tahap simpanan penengah (median) untuk Bumiputera menyusut daripada RM 6,600 pada hujung 2021 kepada RM 4,700 pada hujung 2022, yang mana jauh daripada sasaran RM 240,000 untuk simpanan asas.

Malah, pihak KWSP turut melaporkan penurunan ketasa dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM 240,000 pada usia 55 tahun) daripada 36 peratus pada 2020 kepada 30 peratus pada akhir 2021.

Keadaan itu secara langsung menunjukkan 70 peratus atau lebih dua pertiga daripada ahli 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi serius apabila jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS RM 10,000

Sebelum ini, Pertubuhan ProRakyat mengemukakan Resolusi Pencarum KWSP memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM 10,000 hingga RM 30,000 secara one-off.

Menurut ProRakyat, ia sebagai langkah jangka pendek boleh dipertimbangkan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terputus wang tunai.

MENCARI JALAN & KAEDAH LAIN

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrhaim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP.

Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerajaan sebelum ini.

Leave a Comment