TERKINI : STR Fasa Kedua Jadual Bayaran & Jumlah Bayaran ~ Semak Sekarang

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dikreditkan dalam masa terdekat.

Pada tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan kerajaan akan disalurkan kepada penerima yang layak termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR FASA KEDUA

Sumbangan Tunai Rahmah STR adalah sebuah bantuan kewangan yang disalurkan kepada isi rumah atau individu yang layak.

STR Fasa Kedua akan dikreditkan pada bulan April ini dan dijangkakan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

JADUAL BAYARAN STR FASA KEDUA

Buat setakat ini, pihak kerajaan hanya mengumumkan bulan pembayaran sahaja. Mengenai tarikh bayaran pada bulan April belum diumumkan setakat ini.

JUMLAH BAYARAN

Ini adalah jumlan bantuan bagi STR Fasa Kedua ini yang anda perlu tahu

KATEGORI ISI RUMAH

PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 5,000

Untuk pembayaran Fasa 2, kesemua golongan isi rumah akan menerima jumlah bantuan yang sama iaitu

  • RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100

BUJANG 21-50 TAHUN DAN BUJANG OKU 19-59 TAHUN

  • RM 100

STR TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan menambahkan bantuan tambahan RM 600 di dalam pakej Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada kategori penerima yang layak sahaja.

Bantuan tambahan RM 600 tersebut adalah berbentuk sumbangan bakul makanan dan bukannya bantuan berbentuk kewangan.

Leave a Comment