Perhatian buat anda pelajar dari keluarga B40 yang berminat serta layak untuk membuat permohonan telefon pintar percuma. Anda sangat digalakkan untuk membuat permohonan.
Berikut Utusan Kerjaya kongiskan kepada anda cara tebus telefon pintar & data percuma YES bagi golongan B40.
Join Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Program YES Prihatin
Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 bagi 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini memberikan perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih untuk anda.
Penerima BPR boleh membuat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan B40 yang layak.
Anda boleh pilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti atau pelan data untuk 12 bulan.
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat
Anda boleh tebus melalui syarikat telekomunikasi berikut:
1. Maxis
2. Celcom
3. Digi
4. redONE
5. Mcalls
6. speakOUT
7. UMobile
8. Tune Talk
9. Unifi Mobile
10. XOX Mobile
11. YES
12. Yoodo
2. Celcom
3. Digi
4. redONE
5. Mcalls
6. speakOUT
7. UMobile
8. Tune Talk
9. Unifi Mobile
10. XOX Mobile
11. YES
12. Yoodo
YES bekerjasama dengan pihak Shopee di dalam program Jaringan Prihatin menawarkan anda telefon pintar dan data percuma kepada golongan B40. Ada lagi, penerima pula akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran.
Sila ikuti perkongsian dari Utusan Kerjaya seperti di bawah untuk maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma dan data percuma YES.
Tawaran YES Prihatin
YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:
Belajar Dari Rumah Keluarga
- Telefon pintar percuma
- Data 30GB percuma setiap bulan
- Baucar RM50 dari Shopee
- Aplikasi pendidikan
- Tempoh sah hanya 12 bulan
Belajar Dari Rumah Individu
- Telefon pintar percuma bagi satu individu
- Data 15GB percuma setiap bulan
- Baucar RM50 dari Shopee
- Aplikasi pendidikan
- Tempoh sah hanya 12 bulan
Kriteria Kelayakan
Promosi adalah hanya bagi rakyat:
- Golongan B40
- Isi rumah anda harus berpendapatan di bawah RM4,850
Pihak YES pula akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima oleh pihak YES. Hal ini kerana mereka akan pastikan yang terima ini adalah mereka yang benar-benar dari golongan B40.
Panduan Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma
Sekiranya anda terdiri dari golongan kumpulan B40, anda boleh buat tuntutan dengan langkah mudah berikut:
1. Anda boleh layari laman web: https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
2. Klik pada butang “TUNTUT SEKARANG”.
3. Sila isikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda.
4. Selepas itu, sila tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari pihak YES.
Kerajaan sedang memberikan
Banyak jenis sumbangan pada rakyat…
Pada saya rasa keliru….
Keadaan saya dah 1 tahun tak kerja
Dan rasa risau mane satu yg saya
Layak utk mohon.
Sila bagi info….