Mesti ramai diantara kita masih kecewa dengan tindakan pihak kerajaan yang tidak meluluskan Pengeluaran KHAS KWSP 2023 yang dituntut oleh pencarum sejak tahun lalu lagi.
Walau bagaimanapun, terdapat 17 lain pengeluaran KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan. Anda boleh semak kelayakan anda, mana tahu anda layak.
17 PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN
Untuk pengetahuan anda, terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan tetapi secara bersyarat.
Ia bergantung dengan kelayakan anda, sekiranya anda layak maka anda boleh membuat permohonan pengeluaran.
17 pengeluaran KWSP ini dibahagian kepada 2 bahagian iaitu Pengeluaran Penuh dan Pengeluaran Sebahagian.
PENGELUARAN PENUH
Daripada 17 pengeluaran tersebut, terdapat 6 jenis pengeluaran penuh yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. Berikut adalah senarai pengeluaran berkenaan.
- Mencapai usia 55 tahun dan ke atas
- Berumur 60 tahun – Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
- Pekerja berpencen dan pesara pilihan
- Kehilangan upaya secara fizikal atau mental
- Warganegara Malaysua/PR yang melepaskan taraf warganegara
- Kematian ahli/pencarum
PENGELUARAN SEBAHAGIAN
Terdapat 11 jenis pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dibenarkan oleh pihak kerajaan untuk para pencarum. Pengeluaran sebahagian ini adalah melibatkan Akaun 2 KWSP. Ini adalah senarainya
- Pengeluaran Akaun 2 ketika berusia 50 tahun
- Pembiayaan pendidikan sendiri/ahli keluarga
- Pembelian rumah mengikut syarat yang ditetapkan
- Membina rumah
- Mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Membayara ansuran pinjaman perumahan
- Pembelian rumah PR1MA
- Mengerjakan ibadah Haji
- Menampung perbelanjaan perubatan dan/atau peralatan perubatan
- Simpanan melebihi RM 1 juta
- Perumahan fleksibel
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda layak untuk membuat permohonan pengeluaran di atas dan layak dari segi kelayakan, anda boleh terus hadir ke pejabat atau cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin membuat maklumat lanjut atau semakan syarat kelayakan anda boleh terus rujuk ke portal rasmi KWSP yang kami akan sertakan di bawah ini