Bantuan Khas RM700 Dan RM350 Akan Dibayar Untuk Persediaan Menyambut Hari Raya

Berita baik buat penjawat awam dan pesara kerajaan terdapat bantuan khas RM700 dan RM350 yang akan dibayar unutk persediaan sambutan hari raya nanti.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2023 pada bulan Februari lalu.

BANTUAN KHAS HARI RAYA

Bantuan berbentuk kewangan ini adalah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 tahun ini.

Bayaran bantuan tersebut sebagai tanda menghargai kesetiaan kakitangan awam yang sentiasa setia menggalas tugas amanah negara.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI PENJAWAT AWAM

Buat penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan Aidilfitri ini berjumlah RM700 seorang kepada hampir 1.3 juta penjawat awam yang layak.

Ia layak kepada setiap penjawat awam GRED 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

BANTUAN KHAS PESARA KERAJAAN

Tidak dilupakan, pesara kerajaan atau veteren turut bakal diberikan bantuan khas sebanyak RM 350 seorang sebagai persediaan hari raya ini.

BAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pembayaran akan terus dikreditkan secara automatik kepada akaun setiap penerima yang layak.

Leave a Comment