Rasmi dari Bajet 2023. Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Sebuah bantuan terbaru kepada rakyat Malaysua, kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakan teruk ketika ini.
Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah
BANTUAN E-TUNAI RM200
Inisiatif ini merupakan bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan masyarakat Malaysia menggunakan pembayaran e-Wallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusaha aplikasi e-dompet.
Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi mellaui ewallet yang didapati mudah dan selamat.
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.
KADAR BANTUAN
Bantuan eTunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Kerajaan meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon bantuan e-Wallet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:
- Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
- Masih menuntut di Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan umumkan dari semasa ke semasa.