Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM 700 : Semak Kelayakan Anda

Berita baik kepada penjawat awam dan pesara kerajaan kerana terdapat sebuah peruntukan bantuan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Bantuan kewangan ini adalah sebagai persediaan untuk menyabut Hari Raya Aidilfitri kelak.

Bayaran bantuan ini dibuat sebagai tanda menghargai kesetiaan kakitangan awam yang sentiasa setia menggalas tugas amanah negara.

BANTUAN KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM

Kerajan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 700 kepada hampir 1.3 juta penjawat awam.

Bantuan ini bakal diberikan kepada setiap penjawat awam GRED 56 DAN KE BAWAH termasuk lantikan kontrak.

BANTUAN KHAS UNTUK PESARA KERAJAAN

Bantuan khas Aidilfitri turut diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM 350 seorang.

TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini bakal dikreditkan pada bulan April iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pembayaran terus ke akaun bank penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak.

Leave a Comment