STR Fasa 3 RM100 – RM800 Dibayar Secara Berperingkat

Untuk tambahan pengetahuan anda, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah diawalkan daripada bulan Julai ke Jun ini.

Ia dicepatkan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Korban. Manakala jumlah bantuan bermula RM 100 hingga RM 800 akan dibayar secara berperingkat.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

STR 2023 kembali diteruskan pembayarannya setelah bayaran fasa 1 dan 2 pada Januari dan April lalu.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan sasar seperti B40, M40, warga emas, ibu dan bapa tunggal dan bujang.

Bayaran STR ini akan dilaksanakan dalam empat fasa di mana pembayaran pada bulan ini adalah fasa ketiga.

JUMLAH STR FASA 3

Bayaran STR Fasa 3 lebih tinggi berbanding STR Fasa 1 dan 2. Berikut adalah amaun bayaran bantuan mengikut kategori masing-masing.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

BAYARAN SECARA BERPERINGKAT

Pembayaran STR Fasa 3 ini turut dibayar secara berperingkat mengikut jenis bank penerima.

Mengikut kebiasaan, bayaran kepada pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) antara yang terawal kemudian diikuti dengan bank-bank lainnya.

PENERIMA BAHARU STR 2023

Buat pemohon yang sudah membuat permohonan baharu STR pada bulan Mac lepas, anda turut menerima bayaran pada bulan ini sekiranya anda lulus.

Jumlah bayaran adalah berbeza berbanding penerima sedia ada kerana amaun bantuan anda akan dikumpulan daripada STR Fasa 1 dan 2 kemudian akan dibayar pada Fasa 3 dan 4.

Semakan kelulusan akan dikeluarkan beberapa hari sebelum tarikh bayaran.

TARIKH BAYARAN

Dijangkakan pembayaran akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha ini mengikut pengumuman Perdana Menteri.

Leave a Comment