Umum mengetahui bahawa pembayaran i-Sinar Kategori 2 yang telah dikreditkan pada 8 Mac lalu kini diteruskan lagi pada bulan April.
Seperti yang anda semua tahu, i-Sinar Kategori 2 merupakan pengeluaram tanpa memerlukan syarat yang dibenarkan oleh kerajaan demi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.
Join Telegram Rasmi: t.me/epermohonan
Oleh itu, pembayaran i-Sinar Kategori 2 telah pun bermula.
Pembayaran i-Sinar Kategori 2 (Bulan April)
Bagi pembayaran i-Sinar Kategori 2, ianya telah bermula pada 7 April 2021 yang lalu. Ya, tarikh pembayaran yang sama seperti pembayaran bulan terakhir i-Lestari dan permohonan baharu GKP 3.0
Semua pembayaran akan mengikut kumpulan/batch masing-masing.
Bagi memahamkan anda semua, bayaran akan dikreditkan pada tarikh yang dipaparkan pada i-Akaun anda.
Gambar di atas merupakan salah satu contoh paparan bayaran yang terdapat pada i-Akaun serta bukti bayaran.
Seperti yang kita dapat lihat pada gambar di atas
- Pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada 9 Julai 2021, hal ini bermakna pembayaran pada April juga sama iaitu pada 9 April 2021.
- Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit. Anda hanya perlu bersabar.
- Pembayaran adalah mengikut kumpulan/batch, sekiranya anda merupakan batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April bermula 9 April 2021 dan seterusnya mengikut batch anda.
Adakah anda semua jelas dan faham?
Informasi Yang Anda Perlu Tahu
PEMBAYARAN BERJAYA DIKREDIT
- Duit i-Sinar KWSP berjaya masuk ke dalam akaun anda
PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
- Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke dalam akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.