Cara Memohon RM600 Untuk Pekerja & RM200 Untuk Majikan

 

Tahukah anda, program KerjayaGig merupakan kelangsungan daripada inisiatif pengambilan pekerja & program latihan daripada PenjanaKerjaya 2.0 khas untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Program PenjanaKerjaya 2.0 ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on-the-job training .
Join Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan: t.me/epermohonan


PERKESO merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab bagi melaksanakan program ini. Hal ini bertetapan dengan pengumuman PEMERKASA yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Objektif Program KerjayaGig
  • Memperluaskan skop Insentif Pemgambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yamg kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
  • Memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
  • Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.
Amaun Insentif Bantuan
  • RM200 utnuk penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PEKESO;
  • Termasuk organisasi, platform atau pertubuhan yang menyediakan penempatan bagi pekerjaan sementara atau gig;
  • Bermula 17 Mac 2021.
  • RM600 bagi individu yang diambil bekerja sendiri/ gig sehingga tempoh 6 bulan.
Cara Mohon KerjayaGig
  • Langkah pertama adalah dengan mengiklankan jawatan kosong www.futurejobs.gov.my
  • Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah bekerja sendiri.
  • Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  • Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada perkerja.
  • Majikan akan terima bayaran bayaran dalam masa 30 hari.
Siapakah Yang Layak Memohon?

Individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah program KerjayaGig:
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima Cuti Tanpa Gaji.
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang diberhentikan kerja.
  • Pencari kerja dari golongan rentan, contohnya pencari kerja yang berdaftar di bawah sistem e-kasih.
Tempoh Permohonan
  • 1 April 2021 – 30 Jun 2021
Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • OBS menerima e-mel notifikasi setelah permohonan operator diluluskan.
  • OBS akan menerima bayaran pertama selepas membuat pengesahan.
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua sehingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya 2.0 (mulai bulan kedua).
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Syarat Tambahan Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • Menunjukkan bukti aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya.
  • Melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.
Soalan Lazim


Maklumat Lanjut


Anda boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan berkenaan KerjayaGig:

Leave a Comment