PEMERKASA 2021: Seperti yang anda sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan sebanyak RM180 kepada 8 juta individu dalam bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40 di bawah Belanjawan 2021.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan B40 mendapatkan kemudahan internet.
Semasa pembentangan pakej PEMERKASA pada 17 Mac 2021 yang lalu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan akan menambah baik lagi subsidi ini kepada RM300 khususnya kepada isi rumah mempunyai anak yang masih bersekolah.
Nak Mohon Bantuan Kerajaan? Join Channel Telegram Rasmi Kami: t.me/epermohonan
Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.
Bantuan RM300 Untuk B40
Lebih kurang dalam 8 juta penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM300 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan yang diberikan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan bagi:
- Pembelian telefon pintar baharu
- Pembelian peranti baharu
Pada waktu yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada
- Semua penerima BPR di bawah pakej semasa
Pada kali ini juga, pihak kerajaan akan memberikan bantuan RM300 khusus kepada
- Isi rumah yang mempunyai anak bersekolah
Bilakah Bantuan Ini Akan Disalurkan?
Program bantuan ini akan dilaksanakan pada:
- Awal bulan Mei 2021
Mohon Telefon Pintar B40: klik DISINI
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua! Jangan lupa bookmark website ini untuk tidak ketinggalan update terkini.
Saya dh lulus tapi bila boleh dptnye ye harap dpt dijawab