Tarikh Pembayaran GKP PERMAI RM500 dan RM1,000 Kepada Perusahaan Kecil & Sederhana

 

Semasa perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri telah pun mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).
GKP Tambahan
GKP tambahan merupakan sebuah bantuan kewangan yang dibayar secara ‘one-off’ kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0).
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban penerima sewaktu pandemik ini.

Kadar Jumlah Bantuan?

  • Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh pemohon ialah berjumlah RM500 dan RM1,000.
  • Penerima yang berada di negeri PKP akan menerima RM1,000 secara ‘one-off’.
  • Manakala negeri yang tidak PKP akan menerima RM500.
Tarikh Pembayaran?
Sukacita ingin dimaklumkan, Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat kenyataan rasmi berhubung tarikh pembayaran GKP PERMAI.
Pembayaran akan dilakukan pada 

  • 25 Mac 2021

Syarat Kelayakan

Tiada syarat kelayakan diperlukan kerana GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima GKP1.0, GKP2.0 dan GKP Rayuan.

Syarat tersebut berbeza dengan syarat kelayakan GKP sebelum ini.

Sila rujuk syarat di bawah:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Tidak pernah memohon/ tidak pernah menerima GKP1.0
  • Terbuka kepada pemohon lama atau baru yang tidak menerima GKP1.0
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM/ SSM sebelum 1 September 2020
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Tatacara Permohonan

Tiada permohonan diperlukan untuk GKP Tambah PERMAI ini.

Cara Pembayaran

Pembayaran RM500 dan RM1,000 tersebut akan terus dikreditkan ke akaun pemohon yang layak sebelum ini.

Semak Status Permohonan Anda: klik DISINI

Leave a Comment