Ini merupakan berita baik kepada usahawan PKS, semasa pengumuman Pakej Bantuan Khas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan satu daya usaha khas iaitu GKP Tambahan 2021.
Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan
Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan info mengenai GKP Tambahan 2021
BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN
GKP Tambahan tersebut adalah merangkumi
- Bantuan Geran Khas Prihatin ini telah diperluas kepada 500,000 usahawan PKS di 7 negeri di bawah PKP dengan bayaran berjumlah RM1,000.
- Manakala 300,000 usahawan PKS di negeri yang tidak dikenakan PKP akan menerima RM500.
INISIATIF 14: MENERUSKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP TAMBAHAN 2021)
Semasa pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin Tambahan yang diberikan kepada peniaga & penjaja di negeri Sabah.
Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memperluaskan lagi bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri lain akan menerima RM500 ringgit.
Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan di negeri tersebut dengan serta merta.