Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan sepanjang tempoh PKP bermula pada tahun 2020 sehingga kini?
Tetapi bagaimanakah caranya untuk anda membuat semakan sama ada layak atau tidak membuat permohonan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan?
Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan mengenai info tersebut.
Join Telgram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan
Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu portal iaitu PORTAL MANFAAT untuk anda membuat semakan kelayakan bantuan dengan hanya perlu mengisi maklumat secara online sahaja. Mudah bukan?
Adakah Anda Dari Golongan B40? Baca Juga: Panduan Lengkap Bagi Permohonan Bantuan Kewangan Berjumlah RM700 Untuk Golongan B40 ~ Mohon Segera!
Jika anda rasa tidak mahu terlepas pandang kelayakan untuk memohon bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini, maka cepatlah buat semakan melalui Portal Manfaat seperti yang akan dikongsikan ini.
TATACARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN
Berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat semakan
1. Klik pada pautan http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
2. Klik pada pautan MULA
3. Lalu anda boleh pilih sama ada INDIVIDU DAN ISI RUMAH, PERNIAGAAN DAN MAJIKAN atau KOMUNITI seperti yang dipaparkan.
4. Jika anda memilih bahagian INDIVIDU DAN ISI RUMAH, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan.
5. Setelah siap, klik pada pautan TERUSKAN.
6. Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan ialah pilih aspek yang anda ingin tahu kelayakan yang sesuai dengan anda akan dipaparkan.
7. Bantuan Kerajaan yang layak dan sesuai dengan anda akan dipaparkan.
8. Klik satu persatu dan lihat bantuan yang layak untuk anda.
NOTA: Untuk PERNIAGAAN DAN MAJIKAN serta KOMUNITI, lakukan langkah demi langkah sama seperti di atas.
PERNIAGAAN DAN MAJIKAN
KOMUNITI
Selain daripada itu, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan melalui Pakej Bantuan Perlindungan dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan bantuan lain seperti
- Pemohon i-Sinar Kategori 2 akan menerima bayaran RM1,000 pendahuluan bagi sepanjang tempoh permohonan diproses
- Bantuan Geran Khas Prihatin ini telah diperluas kepada 500,000 usahawan PKS di 7 negeri di bawah PKP dengan bayaran berjumlah RM1,000.
- Program Bakul Makanan oleh JKM merangkumi barang makanan keperluan yang bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
- Pada kali ini, bantuan yang diberikan kali ini adalah tertumpu kepada mereka yang benar-benar layak bagi membantu menjalani kehidupan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
- Secara khususnya,bantuan ini merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan proses pembelajaran mereka daripada rumah secara atas talian.