Internet Percuma Sebanyak 1GB Dilanjutkan Sehingga April 2021

 

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP 2.0 pada tahun 2021 sekaligus telah merubah takwim pendidikan negara dan tempiasnya turut terkena kepada ibubapa kerana anak-anak yang tidak berada dalam tahun peperiksaan perlu belajar dari rumah atau secara atas talian.


Jika anda rasa tidak mahu terlepas pandang kelayakan untuk memohon bantuan yang diberikan oleh kerajaan, baca juga: Bantuan Awal Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia RM100.00 Untuk Murid-Murid Tahun 1 Sehingga Tingkatan 5 Secara One-Off


Sehubungan itu, beberapa syarikat telco di Malaysia telah bersiap sedia untuk memberikan bantuan sepanjang pelaksanaan tempoh PKP dengan pemberian data internet percuma sebanyak 1GB kepada orang ramai untuk melayari laman web terutamanya dengan tujuan pendidikan.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

Untuk pengetahuan anda, kemudahan ini telah pun bermula pada 1 Januari yang lalu dan akan dilanjutkan sehingga hujung bulan April 2021.

TEMPOH LANJUTAN 1GB PERCUMA

Tempoh lanjutan internet 1GB percuma ini adalah:
  • 1 Januari 2021 sehinggan 30 April 2021
Adakah anda tergolong dalam keluarga B40? Jika ya, jangan lepaskan peluang untuk memohon Bantuan Telefon Pintar Percuma Untuk Keluarga B40
 
Pemberian data percuma ini merupakan lanjutan dari sebahagian inisiatif PENJANA yang mula diperkenalkan pada Jun 2020.

PERLUASAN PAKEJ LANGGANAN KHAS KEPADA PELAJAR IPT

Jika sebelum ini pakej langganan khas ini diutamakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM & STPM sahaja.


Namun, melalui pakej langganan khas ini akan diperluaskan kepada pelajar institusi untuk tujuan pembelajaran atas talian yang lebih baik sepanjang pelaksanaan PKP.

KEMUDAHAN DATA 1GB PERCUMA YANG DISEDIAKAN PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

Antara kemudahan yang disediakan dibawah inisiatif data percuma 1GB ini ialah

WIFI PERCUMA DI PPR
  • Enam syarikat telco iaitu Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, Telekom Malaysia(TM) dan TIME akan menawarkan capaian WiFi percuma di kawasan umum, di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara, sehingga akhir bulan April 2021.
LANJUTAN WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET KOMUNITI
  • Waktu operasi untuk semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam setiap hari.
PAKEJ DATA KHAS SPM & STPM
  • Syarikat-syarikat telco akan memperkenal Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!


1 thought on “Internet Percuma Sebanyak 1GB Dilanjutkan Sehingga April 2021”

Leave a Comment