PERMAI: Permohonan Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang telah dilaksanakan sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat Malaysia atau dikenali sebagai PERMAI.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan Online: t.me/epermohonan

Antara intipati dari Pakej Bantuan Khas adalah: 

SENARAI BANTUAN PERMAI TAHUN 2021
1. LANJUTAN MORATORIUM

  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
2. PROGRAM BAKUL MAKANAN OLEH JKM
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
3. PELEPASAN CUKAI ALAT TELEKOMUNIKASI
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
4. BAYARAN BPN 2.0 DIPERCEPATKAN
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
5. BANTUAN SECARA ONE-OFF KEPADA FRONTLINER
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

6. PROGRAM SUBSIDI UPAH

  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  • Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
7. BANTUAN KEPADA SEKTOR PELANCONGAN
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
8. BAYARAN PENDAHULUAN KWSP
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

9. PENAMBAHAN PETUGAS KESIHATAN

  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
10. DATA INTERNET PERCUMA
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

Leave a Comment