Daftar MyBPR: Cara Daftar Bantuan Prihatin Rakyat Bagi Pengguna Baharu

 

Pada 15 Januari 2021, laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat memaparkan bahawa permohonan dan kemaskini telah dibuka bermula hari ini, 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.


Kepada pemohon yang belum berdaftar, anda perlu mendaftar MyBPR 2021 untuk log masuk.

CARA MENDAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (MyBPR)

Untuk yang kali pertama log masuk MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu seperti berikut:

1. Klik Menu MyBPR
2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
3. Maklumat Keselamatan

Semasa pendaftaran, anda perlu menjawab 2 soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul.

INFO MENJAWAB SOALAN KESELAMATAN

Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul.

a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021.
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul.
c) Jika akaun anda telah disekat kerana salah menjawab, sila rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR

1. Pendaftaran MyBPR (Setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
  • Masukkan kata kunci keselamatan yang mudah diingati
  • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf & nombor sahaja. Askara khas/ simbol tidak dibenarkan sama sekali 
  • Kata Kunci Keselamatan yang telah anda daftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda log masuk ke BPR
2. Jawab 5 soalan yang disediakan
  • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  • Jawapan yang anda daftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
3. Sekiranya betul, klik butang TERUSKAN

4.Daftar kata laluan anda dan pengesahan kata laluan serta klik pada butang DAFTAR
  • Kata laluan yang anda daftarkan mestilah mempunyai 8 askara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  • Pastikan kata laluan yang daftarkan senang untuk diingati
  • Kata laluan yang anda daftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPlR
5. Setelah selesai mendaftar, paparan mesej “Akaun Anda Telah Berjaya Didaftarkan. Sila Log Masuk Untuk Ke Menu BPR”

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021


MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN 
Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/
Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/ 03-8882 4566
E-mel: bpr@treasury.gov.my

Leave a Comment