Tahukah anda,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka peluang kepada golongan asnaf bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik serta lebih sempurna dengan mendiami rumah yang selamat serta selesa.
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Merupakan warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan had Al-Kifayah (Rujuk pengiraan DISINI)
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang sudah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat pula,anda perlu sertakan bersama surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan sekali bersama surat akuan sumpah jagaan. (Contoh surat akuan : klik DISINI)
- Kepada mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
8. Sati salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.
Segala borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan segala dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan anda perlu menghadirkan diri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. (Sila rujuk DISINI)